Wednesday, July 2, 2014

Ringkasan Kisah Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad merupakan tokoh agama islam yang menyebarluaskan agama islam ke seluruh penjuru dunia. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W dinobatkan sebagai orang berpengaruh di dunia yang di publikasikan majalah yang terkenal di USA yaitu TIME. Kenapa berpengaruh? karena penyebaran yang begitu luas dalam waktu singkat, kira kira 40 tahun sudah mencakup hampir seluruh pelosok dunia dan mengalahkan kerajaan yang berpengaruh seperti Roma, Persia dan lain sebagainya.

Nabi Muhammad jadi sosok yang dianut orang islam karena kebaikannya. Karena kesempurnaannya Nabi Muhammad S.A.W menjadi Rasul Ulul Azmi. Apa itu Ulul Azmi? Silahkan googling terlebih dahulu kapan kapan saya akan update. Wajah Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah ditampilkan karena akan menjadi konflik antara agama non islam ke islam. Kenapa Konflik? karena jika wajahnya ditampilkan pasti akan dibuat jelek atau yang lainnya. Gak usah basa basi lagi, silahkan dinikmati kisahnya o:)

1. Lahirnya Nabi Muhammad
Pada waktu umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah,
lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal t ahun Gajah di Makkah. Bayi
yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah
peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul
Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan yaitu sewaktu
baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti
Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan
dibawa ke ka�abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang
belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh T huwaiba,
budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari
Banu Sa�ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi
bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu
Sa�ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak
mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun
begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman
dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya
Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing kambing
tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2
tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali
kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.

2. Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad
Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang
muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab
untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya
tidak menyedari akan kejadian t ersebut . Hanya anak mereka yang
sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu
mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan
Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama
lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa
dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu
baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mut allib di Makkah.
Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah
membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudaramaranya,
mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan
yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat
wafat nya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia
unt uk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke
Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah
semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di
Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu
dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan
perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang
anak yat im piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan
bapa-bapa saudaranya.
�Bukankah Dia mendapat imu sebagai seorang yatim, lalu Dia
melindungimu. Dan Dia mendapat imu sebagai seorang yang bingung lalu
Dia memberikan pet unjuk� (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)

3. Abdul Mutallib Wafat
Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika
baginda berusia delapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia.
Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani
Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang
benar, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu
menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang
berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.

4. Muhammad diasuh oleh Abu Talib
Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas
bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu
Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia
mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan
orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia
menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti
Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam unt uk berdagang
sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang
rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda- tanda kenabian pada
baginda. Lalu rahib t ersebut menasihati Abu T alib supaya tidak pergi
jauh ke daerah Syam kerana dikhawatirkan iri orang-orang Yahudi akan
menyakiti  baginda sekiranya diketahui tanda- tanda tersebut . Abu Talib
mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidak banyak membawa harta
dari perjalanan tersebut . Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh
anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian
dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang
berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal
dan pidato - pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda
mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah.
Baginda selalu berfikir dan merenung tent ang kejadian alam semasa
menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala
pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada
perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iait u �Al-
Amin�.
Selepas baginda muda meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa
saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid,
seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan
tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan
perwat akan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang
pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkawin dengan
Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang
berusia 40 t ahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima
lamarannya lalu berlangsunglah perkahinan mereka berdua. Bermulalah
lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami
isteri.

5. Turunnya Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama
dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di
Gua Hira� dan senantiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib
umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa
dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pert ama dit urunkan
kepada Muhammad.
�Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan� (Al-�Alaq, 96: 1)
Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh
Khadijah yang coba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda
mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah
berlaku.
Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula
dengan kaum kerabat nya untuk mengelakkan kecaman yang hebat
daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya
adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala
Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran
baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di
kalangan keluarganya saja.

6. Dakwah Secara Terang-terangan
Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah
secara terang - terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran
Islam secara lebih meluas.
�Maka sampaikanlah olehmu secara terang - terangan segala apa yang
diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang
musyrik.� (Al-Hijr, 15:94)
Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa
oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda
termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu
Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau
akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari
kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah
seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
�Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan di tangan
kiriku dan bulan di t angan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku
tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala
penjuru atau aku binasa karenanya�
Baginda menghadapi berbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemoohan
dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras
hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah saja yang menerima
tentangan yang sedemikian, malah para sahabat nya juga turut merasai
penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima
siksaan yang berat .

7. Wafatnya Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu turut ama
kaum Quraisy kerana baginda  ahu akan akibat yang akan diterima oleh
mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri
kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri
bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan
mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu
menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.
Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya
sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang
dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat
disayangi oleh baginda.

8. Hijrah Ke Madinah
Tekanan orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin
hebat selepas kepergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka
Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan
ancaman daripada kaf ir Quraisy untuk membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah.
Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah
dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan
para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah
pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.

9. Negara Islam Madinah
Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan
daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi
serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w
berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan
sepenuhnya pentakbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat
Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara.
Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang
merupakan sebuah perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam
ini mengandungi beberapa fasal yang melibat kan hubungan antara
semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik,
sosial, agama, ekonomi dan ket ent eraan. Kandungan piagam adalah
berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.
Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu,
aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat
dan negara. Rasulullah telah menyert ai 27 kali ekspedisi tentara untuk
mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang
ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3
H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang T abuk (630 M/9 H). Namun
tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada t ahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimaterai antara
penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu,
negara Islam Madinah telah diiktiraf . Nabi Muhammad s.a.w. juga telah
berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan
10 000 orang para pengikut nya.
Perang terakhir yang disert ai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan
baginda dan pengikut nya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun
berikut nya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100
000 orang pengikut nya. Baginda juga telah menyampaikan amanat
baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang
bermaksud:
�Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan
kamu semua adalah daripada satu keturunan ia itu keturunan Nabi Adam
a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t . ialah orang
yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara
dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang
teguh dengan dua perkara itu, yaitu itu kitab al-Quran dan Sunnah
Rasulullah.�

10. Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Juni tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11
Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai
rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan
yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bert anggungjawab,
berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh t erbaik bagi semua
manusia sepanjang zaman.

Itulah Ringkasan kisahnya, semoga kita dapat semakin percaya kepada Nabi Muhammad S.A.W bahwa dialah nabi kita. bye. berjumpa di post selanjutnya

0 comments:

Post a Comment